THE 5TH BATCH OF SEA TVET STUDENTS EXCHANGE PROGRAM UNDER THE SEAMEO POLYTECHNICS NETWORK IN SOUTHEST ASIA PERINGKAT POLISAS
Rangkaian Politeknik SEAMEO yang ditubuhkan pada 2016 menjalankan pertukaran serantau dan telah melaksanakan Program Pertukaran Pelajar SEA-TVET dari tahun 2018-2019. Terdapat 4 kelompok telah terlaksana yang melibatkan seramai 1,143 pelajar TVET.
Disebabkan masalah Pandemik Covid-19 yang telah melanda seluruh dunia pada waktu itu maka pertukaran kumpulan ke-5 terganggu dan wujud idea 1th Batch Of Virtual TVET Student Exchange Programme dari Sekretariat SEAMEO dan telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2022.
Sehubungan itu, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) mengambil inisiatif meneruskan 5th Batch Of SEA-TVET Student Exchange Programme bagi meluaskan lagi jaringan kolaborasi pengantarabangsaan serta memenuhi KPI. POLISAS akan berkolaborasi dengan Institute of Brunei Technical Education (IBTE) yang melibatkan pertukaran pelajar secara outbound dan inbound dan dilaksanakan secara bersemuka. Seramai 6 orang pelajar Jabatan Teknologi Makanan, POLISAS dan 6 orang pelajar dari School of Agro-Technology and Applied Sciences, IBTE Brunei akan terlibat secara langsung dalam program ini.